MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Carburetor mana lebih bagus???

Banyak motor modified akan menggunakan carburetor jenis TS125 pada jentera mereka. Lebih berkuasa mereka kata. Pada pendapt saya, dengan menggunakan carburetor TS125 ini memang benar akan meningkatkan prestasi motor, tapi jangan dilupa ‘fuel consumption’ anda juga mungkin akan meningkat. Apa yang penting, ‘setting’ carburetor perlu betul. Pastikan anda ;tune’ carburetor anda pada mekanik yang berpengalamn ye.(kadang2, anda pun boleh buat sendiri,huhu).

Ubahsuai carburetor bukan terhad kepada carburetor TS125 saja, malah anda boleh mencuba memadankan carburetor jenis lain seperti rx, kips dan yang paling berkuasa ialah carburetor yang dilengkapi dengan powerjet. Tapi saya ada juga bertanya di dalam forum yang saya join, pendapat mereka lebih radiakal lagi.

‘Hmm, TS tu mainan budak2 aje, ko try la Mikuni 38mm”

Itulah quote dari otai-otai forum tersebut. Saya sendiri sudah melihat visual carburetor Mikuni 38mm ini, memang dahsyat.

Anda berani? Cubalah sendiri..

About these ads

145 Responses to “Carburetor mana lebih bagus???”

  1. memang……………..kalau jual brapa?

  2. Ikut brand jugak bro.
    Flatside yang mampu milik brand uma racing RM3++ beli dpat dah sebijik.
    Kalau powerjet sebanarnya susah sikit nak jumpe, kene rajin usha budak2 yang men drag scooter. Diorang rajin guna karbereter jenis ni.

  3. Sape2 nak beli karburetor PWK 28mm, flatside,
    boleh masuk web http://www.malaysianbikerscommunity.com
    and masuk thread alat ganti motosikal.

    KAt situ ade jual kaburetor besar, flatside, khidmat polish and porting pon ade.
    Nick penjual kat MBC, ‘Jebon RS’

  4. powerjet condem nk wat mcm mna???bli mhal rm750…

  5. carburetor ts nie bleh pasang untuk yamaha sport 100…

    • Maaf lambat reply ye. Carburetor TS tu universal, boleh pasang kat semua jenis moto. Asalnya pun memang dari motocross suzuku TS125 kan, 2 stroke tu. Cuma mungkin tengkuk ada lain sikit, tak ada masalah, beli je tengkuk universal, terus boleh pasang.

  6. seriously u’ve got a very good site right here dude, full of information..

    • Thanks bro. I write based on my knowledge, still a lot more to learn. If you don’t mind, you can give your opinion for my latest entry. This blog is meant for all bikers. I am pleased to serve you guys with info. Cheerio

  7. i need help! please recommend me a good ts125 curd setter.. my numb 019 610 8933..thank you

  8. bro carb pling bgs ap ha???
    na psg kat rxz..na try tzm x tau bpe mm..
    mikuni 38mm 2 ad lg besar dri 2 x???

  9. bro cabretor motocross suzuki rm125 blh msuk x cabretor ts ni

  10. berape laju leh p???

  11. kalau moto sikal modenas gt128 carburator apa yang boleh masuk.n brapa boleh naik.

  12. Sap-Try pakai carb Suzuki TS125, try cari yg original punya. Dapat carb ni pun dh cun dah. Tgok setting pulak, Selalu plug n play je.

    Didi-Ley naikkan 10-15kmj kat moto

    Bmw_ Soalan kurang jelas la, sorry

    Eydi-Bro, rxz da modi sgt ke? Budak selalu pkai carb rxz mili je dah cun

    Gary-Refer to my thread ‘KL One Motorsport”. He’s one hell of a tuner

  13. klu pkai carb Suzuki TS125 tu boleh masuk kah?tengkuk die ade kene ubah?TS125 tu sama ngan mikuni kah? uma racing mcm mana ada perubahan ker klu tukar..
    selain tukar carb, spoket juga boleh menambah kelajuan kan. tpi untuk long la.btul ker.

  14. Owh, tengkuk dia boleh masuk. Kalau ada masalah beli je connector, ckp kat kedai sparepart nk connector carb. Uma Racing boleh kira la performance dia, tapi sebenarnya Uma Racing ni carb klon, tp Gred AAA. Boleh pakai jgn risau. Tapi kalau saya, lagi bagus pakai carb ori moto mcm TS125 tu.
    Pasal spoket, boleh baca kat entry sal spocket. Tapi xpe, saya terangkan briefly ok. Nk tmbah kelajuan, pakai spocket lebih kecil di belakang, tapi berapa jauh baru capai top speed, yang tu bergantung kepada prestasi motor sendiri.

  15. tq bro..sya akan cuba buat..erm..klu cab ts125 tu moto brape cc boleh pki sbnarnye?
    klu moto fz150i boleh ke ts 125?
    anggaran speed yang boleh naik la klu carb ts letak kat gt128?
    nak tanya jugak agak brape harga klu carb ts125?

    • TS125 paling hot moto bawah 125cc dan 4stroke. 2strokers x main carb TS ni. Moto fz pakai injection bro, x pkai carb.
      Kalau TS ni letak kat moto la, kurang2 10-20kmj boleh naik, dia tambah respon moto, pick up lebih. Yang lain kene modified blok, head etc2.
      Carb TS125 original Jepun harga terkini RM195.

  16. carburetor ts 125,top speed power x?
    klo ex5 high power agk2 bpe top speed bleh naik?

  17. salam bro..nak tanye la..kalu moto modenas ker, yamaha ker ape2 je boleh ke kita pakai 2 carb tpi pki satu ejin n blog..makna nye mungkin kita boleh cari kepala(tengkuk) yang boleh masuk 2 carb..opinion jer.hehe.

  18. salam,,
    nk tnye,,law moto wave 110rs ssuai x pkai carbts125 nie??
    efek engine moto x??
    lagi stu,,law tkar spoket kcik kt blankng bpe yg ssuai ye bro?
    thanks

  19. Carburetor ts125 ni xda la power sangat..pasal apa…sya da pakai 3 jenis Carburetor…untuk EX5…tx125,uma n power jet…..if pakai Carburetor saja utk enjin standrt….(EX5) meter boleh la sampai 120km tu pn klu tuan pnya badan x gemuk..n 1 g ts125 ni klu naik bukit xda power biar pn tukar blok race,cam piston,sporket..if ur all kurang pcya….try naik bukit genting..buang duit saja buat tu semua…2thn duit habis buat tu buat ni….korek habis pn sama jg…kena overhol stiap kli p race..so cam ni je la….bik tukar moto…fkr2 kn la….

    • pe yg dia kate mmg btul..pengalaman sendiri..pakai carb ts..naik bukit mmg hampeh..tp jalan straight..mmg syok ah..gear 3 dah sampai 100kmh..i guess kalau nak buat tu..buat ikut setting environment korang ah..aku punya route perjalanan gi keje..straight je..so ok la for me..currently pakai ts..tp rasa in the near future..nak beli wave 125 punya…hm..

      • Carb wave menag sedap, saya pun x merasa lagi =( . Kelebihan pakai carb wave, throttle ringan dan response enjin linear aka smooth

  20. hi sume…i ada motor ex5…ex5 aku ada racing block,tapi makan minyak hitam,seminggu sudah habis.aku nak taruh carburator,tapi tak tau carburator apa,,,
    aku nak tau TS n 125 wave mana lagu bagus?
    help me

    • just pakai wave 125 cab jer..dah ok utk ex5
      dh blh ter jwb masalah naik bukit n jimat minyak n pretasi ok..

      • Memang ok dah carb wave 125, tapi masalhnya harga dah mula melambung kalau orang jual 2nd hand pun. Tapi pakai carb kriss pun ok jugak apa.

  21. salam bro..nk tnya sikit..moto ape yg pkai cab size 38mm tu?

  22. salam bro..nak tanya sikit carb ts126 ni boleh msk kat moto suzuk rc110 tak????

  23. can someone help me pls~!!KIPS carb pakai kat ex5 ok tak???

    • adam – carb kips kalo pasang kat ex5 sgt susah mau seting maa… 30mm tuh.. lagipon pilot/menjet dier suma mahal2.. baik hang pakai ts125 pastu set jetting ngam2 konfem sedap.. nak lagi sedap pasang hi-cam skali pasal ts125+hi-cam=laju maa… aku pakai ex5 gak ngan ts125 seting pilot kecik2 jek.. menjet biar besa sket.. minyak jimat jugak.. kuat sket jek dari stended.. kira biase aku pegi keje isi 1 hengget skang nih rm1.50 lak…

      • Betol lah tu, tapi pastikan yang ORIGINAL, baru setting sumer ngam. Kalau yang lokal, demam la nak cari setting

    • Sure, it fits nicely on EX5, tapi jarang orang pakai pasal susah sket nk set dgn minyak kuat, pakai TS pun dah ok, x pun, carb kriss, or wave 125

  24. aku nk tanyalah,aku dr kem komando. aku ada sebijik ex5 dream dh letak brek disc depan belakang,blok racing,hicam racing,exzous shark, carburator ts plak 2, air hon memang power…tp 1 je ku nk tnya…skang aku pakai rim ori 125z jd apa pndangn ko tentang ini..adakah aku nk kna tukar rim pada aloy ke atau pn x….motor mmng power berkilat lg dijaga sepenuhnya…aku nk bg power dn sedap mata mmandang bro…duit hbis bnyak dh…tp yg 1 nie yg aku muskil sngat tentang rim

    • Pakai alloy kene tahan sikit kalau tayar bocor, leceh sikit la, tapi memang cntik. X pe, pakai spotrim pun ok, ada lajak, yang penting tayar tubeless. Spotrim ori 125 tu..

  25. maaf meyampuk..hihihi.ex5 kalau dah pkei blok 53mm,cob TS,lo-cam,head siap polish,spoket 14-33,ekzos CJ IPOh boleh lari spei brpe? adakah enjin sebegini lama kelamaan akan rosak @ licking,berasap,power akan down?

    • Larian bergantung kepada moto, x spesifik, tapi asal lebih laju dari moto stended ok lah kan?haha. Sal enjin problem ni, yang penting jaga minyak hitam, biarlah myk itam murah pun, yang penting sebulan sekali tukar, atau pun rasa dah kasar je enjin tu, tukar lah minyak hitam

  26. bro klau honda cup blh sumbat carb ts 125 n pkai block kawa 100 x??sye x tahu nk pkai ape…harap blh tlong…

    • Kawa 100 sama dengan 54mm kalau x silap, boleh la masuk honda cup, dgn carb TS memang syok dah. Lagi syok kalau salin EX5 terus lagi syoookkk..

  27. bro.,ad pape ksn x klau nk psg ts125 ni kt 135lc? mntk pnrangn..cmne plak dy pny top speed..

    • LC135 ni dah berada di tahap lain bro..Tapi ada je orang pakai.Ikut pengalaman saya, orang takut nak tukar carb LC ni sal nanti ganggu sistem throttle body dia

  28. klu motor laju nampak pois mengelupor gak

  29. salam…ex5 aku ada pakai block racing..bleh p 110 km kalau pakai carburator ts boleh p 120km tak???

  30. salam.
    nak tanya.
    pakai carb wave 125 , rasa boleh x modify filter box then pasang?
    curiga boleh ke x..

  31. Bro Mohamed Rizal, ni ada satu soalan. Moto Modenas CT110 sye nk modified sket bg lju, sume brg standard lg (sprocket da tukar bg long n skunk tkd pickup). Tak tau nk tukar brg ape dulu. Nie brg2 yg kwn2 sy cdgkan, ap pandangan awak?

    -Carburetor RXZ Catelite ( Katenye Pickup, Top Speed n Jimat Minyak n bley ke msuk kat ct 110?)
    -Hi Cam (Tak tau jenama ape sesuai)
    -CDI ( Tapi ad ckp bley rosakkan enjin)
    -PowerBooster (Bley rosakkan piston)
    -Plug Coil Kancil + Plug Racing (Tak ingat nme plug tu)
    -Block Racing (Takut minyak parak)

    Ad byk lg tapi bajet dlm RM 200 je. Nk bg lju sket dri standard. Tak nak la lju sgt.

    • Saya kurang arif berkenaan CT110 ni, tapi saya berpegang kepada prinsip modify moto 4stroke la ea:

      1)Carb RXZ (Jarang sgt org guna kat modenas, lagi pun carb ni moto 135cc, so x berapa nak sesuai dgn cc moto anda, cari la carb TS/Wave 125/Kriss 120).
      2)Hi Cam (Byk kat market skang, tp kurang utk kriss, bukan xda langsung, tapi kurang, brand x berapa arif nk rekomen, cuba tnya membe2 yg pakai kriss).
      3)CDI (Nanti dulu, ni paling last skali, da siap sumer modi yg extreme baru bleh men CDI, stakat biasa2, x payah pakai la).
      4)Plug coil kancil (Yg ni modi paling extreme, x payah pakai, pkai stended jek, kalau nak juga, kene pomen yg pndai buat atau piston anda boleh cair).
      5)Blok racing (Yg ni modi paling asas. Blok racing+hi-cam=sedap dah. Myk jgn risau lah, x parak mana lah)

      Bajet 200, cuba men blok racing dgn hi-cam dulu.

  32. Hey Mr,Rizal! Your thread have really useful information,appreciate it so much!
    I need your advise on changing my Lagenda110(2nd model) carb to Ts125 carb. Will this carb suit my bike? Other than that, I also going change my piston to Hi-piston since my piston having problem. Currently have Hi-cam only at the bike.

  33. agak2 ts125 nie harga 2nd berapa sekarang?

  34. salam, sy nk mintax pndpt bro rizal, sy pnguna ex5 hp thn 92, baru2 ni sy ada tukar carb kips tampa sntuh bahagian lain, tp prfomance mtor cam x de beze, sblm ni bleh naik 115, skrg nk smpai 105 pun da ssh…pomen mtor ckp sruh tkr cdi n spoket…klau sy tkr cdi n spoket 14-38 ape akn jd? n apa msalah mtr sy?setting ke? sy bru brjnak dlm bdang ni..

    • Wassalam. Carb kips terlampau besar untuk moto anda tu. Kalau dah main blok, hi cam baru boleh tukar carb besar2 ni. Kalau setakat tukar carb saja, bhgn lain x sentuh x jadi juga. Saya cadangkan try carb kriss x pun carb wave 125, tgok cne. Jangan main CDI dulu, masih terlampau awal. Spoket belakang tukar kecik sket, try 33. Pikap xda sgt la, tp top ada. Selamat mencuba.

      • Yg mne lg elok, carb kriss or 125? Carb kriss tu mdel yg mne stu?

      • hari ni sy pegi tukar spoket, tkjut tgk spoket lama saiz 39,x perna bukak, tkr saiz 34-14, pastu try tukar carb yg asal, gear 3 da naik 100, na try cri top speed tp jlan hujan..so na stay gne carb lame balik…klau na gne carb ori n enjin x sntuh, agak2 nak buat ape lg kat moto bg lbh pikup n laju…?apa pndapat bro rizal

      • X boleh x sentuh, cne2 pun kene sentuh jugak blok tuh. Ala pakai blok saiz 53mm xda apelah, beli terus pasang, xde nak korek2 nye,heh

      • Klau pkai blok 53mm, ader effek buruk kat motor x, myk gne byk ker? Org ckp piston bley pecah la plak..

  35. bro nka tanye skit ..saye ade carb rxz bosch ori .. nak masuk ex5 standart boleh ?? kalo bole ex5 tu nak buat ape ye ? sbb da muak pakai ts125 =D
    ex5 saya standart giler .. hanya tukar spoket je ..

    • Boleh la nk try carb rxz tu. Saya pun x pernah pakai lagi carb rxz, rasanya plug n play jek, cuma kene tune la sket2. Paling basic, tukar blok besar la, 53mm. Saiz ni, x perlu korek crankcase, terus sarung jek, dengan tambah hi-cam. Pastuh baru kecikkan spoket belakang satu atau dua mata.

  36. carb ts ngan uma racing 28mm.mane y lg best?tokey kdai 1st ckap klau tkar carb saje motor xde effect ape2.tokey y 2nd ckap bleh naik lagi 20km.

  37. bro nk tye ckit lah ckit je x bnyak hihi……sye pkai wave 100R skrng pkai blok saiz 54. nk ksi up blok saiz 56 atau saiz 58,pkai blok bsar2 ni x ada mslah ke kat enjin?????:)

  38. bro,nak tnye skit.. sy ada sbjik EX5 color biru..skg pkai rim besa je..7tiang n tyr maxxis(80-90) …bro ble bg cdgn skit nak tmbh ape2 lg?

  39. kalo wave 125 s la sesuai pkai carb ape?cam n block cmne plak..

    • Try dulu pakai carb wave awak tu, kalau x puas hati pakai TS. Nk pakai carb Kips pun xpe sal Wave 125 cc dah besar. Blok cari brand Shark x pun API, cam plak try cari CMS

  40. nk tanyer ckit… aku ade carb ts125 . blok da tukar bgi 128 n hi-cam pon d tkar… tpi setting carb x cun la… T.T… apesal yer ?

    • Yg pasal blok tu saya kurang faham la maksud anda. Pasal carb tgk menjet myk dgn menjet angin ngam x? Tu sumer kene amek kira tuh, bukan men sarung jek tau

  41. bro,,ak nk mntak tolog ckit..bleh x bgi ak tips atau cre2 nk modified enjen mtor wave 125 s ak..?? ak x puas hti lh ngan klajuan mtor ak skrg..

    • Sebelum tuh nka tau jugak skang kelajuan moto berapa? Nak modi tahap sedap2 bawak ke, sedap2 ronda malam2 minggu ke, atau nk spec cub prix? Nak tau dulu

  42. salam.,.
    bro mana nak dapat carb ni.,.
    harap tolong bro.,.

  43. lau pakai blok 53MM bagi ex5 dream pastu pakai carb ts125 kene pakai sprocket brape nak bagi naik 150???

    • Huu, nak nek 150 terus payah bro. Saya pun dulu pkai satu set class 1 baru leh jejak cm tuh. Stakat blok 53mm pastu pakai carb Ts x cukup bro. Cam, head nk kene main. 4 stroke byk point kat head sbnarnya.

  44. otai2 !! ts 125 harga die brape?? dan mikuni tu harga brape?? skrg aku ada carb kriss..x laju lah..aq dah pasang paip,sprocket kecik,carb kriss,racing spring dan racing clutch plate..tapi laju maximum 105..boleh u guys tolong bagi saya idea??

    • Hye. TS125 skang mgkin dekat rm200. Saya beli 2 tahun lepas pun dah rm150.Ok, blok da cukup besar belum? Dgn try pakai hi cam, kalau modi yg mcm awak ckp tu rasa mcm ada yg x kena. Start main blok dgn cam dulu tgok cne.

  45. Salam Bro, sy bru bli EX5 Dream Biru untuk wat kude g keje Putrajaya – Petalingjaya mlalui highway MEX. Igt mau upgrade skit kasi enjen tu x melolong tike memecut 100 ke 110 kt hiway tu…Ape nk wat ek? tuka carb jek ok x?

    • Boleh try tukar carb dulu, pastuh spoket belakang kasi 33/34, depan kasi 14. Carb try pakai kriss ataupun wave125. Kalau nk pakai TS125 tkot myk kuat moto x kemana.

      • mekasi reply, utk makluman, skang nie setting spoket mmg dh 14-34, enjen agak melolong n agak lmbt mndaki bukit atau nk cecak 100, so igt mau hapgred skit. Kalo pakai carb wave 125, bleh x gune airbox blk? x mo la pakai botol spritzer cam org lain bese buat..hehehe.. Lg stu soklan, bleh rekemen x airfilter utk airbox yg baik. Mksud nyer cap ape lah… tq tq tq

      • So mcm mana kalau long distance? saya anggap moto awak ni men top sal dia lmbat nk cApai top speed. Dia ada dua, spoket besat=pikap sedap, spoket kecik=top sedap. Jarang boleh dpt pikap dgn top sedap, kene pilih la antara satu. kalau dh pakai carb wave125 boleh je pakai airbox, tp saya risau moto awak semput sal angin x lepas. Tapi x pe, belh try pakai agak semput, bukak la blek. Sal air filter tu yg bagus of kos la brand k&n.

  46. bro nk tnye sket..sye ade ex5 bru kalo trus pakai carb kips bole x??
    bape lju bole naik??

  47. salam bro, kalo tkar coil rxz byk beze x moto wave 125 s? lagi satu nk tw la gear susah tkar..kadg2 kalo msok 2nd to 3rd gear cm die menarik gear ke blakang dlu bru ke depan..2 clutch plate ke yg rosak?

    • Pasal gear tuh mungkin mangkuk clutch da rosak. Sal nak tukar coil plak, saya jarang sgt dgar org pakai coilo rxz, slalu org pakai coil panther(yang ni susah sikit nk cari). Ataupun coil vespa sprint 150 (lagi sussah nak cari, tp best).

  48. Salam Bro..
    nk tyer skit la.. pasal nk setting motor kriss 110/kriss ii..
    ape je yg ptut dtukar kalo nk bagi sedap bila jln long-distance ni..
    sama ada sprocket,karburator/pe2 je la yg bkaitan..
    x nk la mahal n laju sgt mcm nk lumba tu..biase2 je yg x tlalu complicated & merosakkan enjin..
    1 g..kalo tukar blok yg slalu mcm org ckp tu ape effect n fungsi nyer??

    thx..

    • Ok, ni untuk kos kecik ea, belakang spoket kasi turun dua mata, carb kriss tu rasa sedap dah. Sal tukar blok tu, automatik kita akan pakai piston yg lebih besar dari saiz asal, so compression dh bertambah. Senang citer compression bertambah=kekuatan enjin bertambah.

  49. assalamualaikum bro..
    nak tanya la kalau carburetor jaguh tu bagus kew?

    • wassalam.

      Carb jaguh tuh besar sgt la, selalu org pakai kat skuter, sal sistem dia dekat sama, ada diafram. Org panggil carburetor CV x silap

  50. ouh..saya pakai skuter bro..saya punya skuter kurang kelajuan la bro..paling laju pon 80-90km/h je..saya nak tambah kejaluan macam mana ya bro?saya tgok ada budak budak skuter pakai karburetor jaguh..itu yang saya pelik?macam mana saya nak tambah kelajuan skuter saya ni bro?

  51. sy pakai kriss 120, pakai clutch plate racing dgn spring clutch racing, ekzos shark, carb TS125….pickup mmg best…top bleh pegi 140 jek….myk parak…pastu sarung baling carb asal top sampi 120 jek..myk jimat…sy pakai spring n clutch plae racing faito…tp faito ni kejap je best xsampi sebulan..pastu rasa cam standard semula..cuma nk mintak pendapat clutch plate n spring apa sesuai n sdp rasa untuk kriss ni?

    • Ok, banyak jugak moto anda dah modi ni. Pendapat saya, kalau spring clutch brand ‘King’ saya pernah pakai, cuba cari kalau ada lagi la di spare part moto, bagi clutch plate plak,boleh try fcci atau uma racing.

  52. bro , kalo pakai uma racing carb .. piston saiz pe yer ? utk ex5 dream*

    • Boleh pilih, kalau size 53mm, plug n play x payah korek crankcase. Lebih dari 53mm dah mula kene korek crankcase. Mana satu pilihan anda?

  53. a’kum abg sal .. carb kriss 110 masok x5dream .. lama2 ade masalah kew ??..kalo x usik headblog .. carb ape yg sccok masuk dream ye ?? tq

    • Saya pon pakai carb kriss kat moto saya, dah 4 tahun dah. Tapi mesti barang ORIGINAL. Kalau beli carb kriss kedai spare part, bukan x bleh pakai, boleh cuma idling kadang2 ada x cun sikit. Mungkin ikut nasib agaknya, ada beli dapat carb sedapnya, ada yang sebaliknya.

  54. halo bro mehmetrizsal tye cket blh..aku ada ex5 dream,krg puas hati la dgn speed.clutch plate+clutch spring dah tkr,spoket 14-33..kalo pakai TS ni ok ke?or pakai carb lain?ke ad apa2 lg yg kena upgrade??(kalau blh blok xnak kacau la sbb xtarget laju sgt…hehe).target nak maintain enjin tahan, speed upgrade..tq bro..

    • Pakai hi-cam la bro, byk yang after market punya, boleh try brand CMS atau Highspeed. Ni da pakai Hi-cam carb pun kene besar cket, dari sekecik2 carb kriss dan wave, ke TS125 ke carb Kips, pon boleh pakai, cuma setting pilot dgn main jet kene cun. Time set tu kene tgok kaler plug, jgn terlalu kering, jgn terlalu basah, balance

  55. klu lagenda sesuai pkai carbo ts???

  56. Salam bro.
    1. Ok x modi ex5 Hp spec ni untuk jarak 35km pergi balik tempat kerja (long distance)?;
    Blok 55mm brand tokahi,piston uma 55mm,
    Cbrtr wave125 atau rxz 135,
    High cam uma,
    Spoket 33/14,
    Mohon pendapat serta cadangan.

    2.Bila dah modi ni minyak hitam apa yg sesuai?Penjagaan minyk hitm pulak macam mna?

    Tq.

    • Dari list yang anda bagi tuh, kira sedap2 dah tu untuk long distance, cukup rasa dah tu.
      Minyak hitam plak, apa kata try myk itam lori cm shell rimula r3x? Ada berani, enjin licin je pergi. Kalau x berani pakai la myk hitam apa2 pon , mineral ke, semi-syn ke, fully syn ke, tapi kene berdisplin, cukup KM jek tukar myk itam, jgn nk lajak2. Cuma bezanya bape lama perlu tukar, mcm kalau pakai mineral mungkin 500km, semy syn 2000 km, dan sebagainya. Yang penting kalau pakai myk itam murah pun, yang pe\nting selalu tukar, insyaAllah xda prob la moto anda.

  57. bro,,lagenda boleh msok mikuni 38mm?? just tkar tngkuk je kan??

  58. mcm mane nk buat ex5 hi power..habis laju..bleh pakai lame lpas buat..

    • Hmm, sangat subjektif soalan anda ni. Pertama sekali berapa banyak bajet anda. Lepas dah setel hal bajet kene tau moto nk buat sedap2 buat daily use ke, sedap2 buat kuar malam minggu ke. atau nk spec cub prix. Jangan x caye, bnyak bengkel boleh buat moto spec cub prix ni, contohnya bengkel moto UTM dgn Kl.

  59. salam bro.. sye dah ad 1 karburator kips nie.. sye try psang kt yamaha lagenda 110.. t’nyata mmg memuaskn tp mnyak plak mslahnya.. t’lalu kuat.. tuning dah buat tp ttp sme jgak.. tlong bg sdkit tips yg b’gna.. thankzz..

    • Pada pendapat saya, ada kemungkinan carburetor anda terlalu besar agaknya. Tapi jgn risau cuba, tune guna mainjet dan pilot jet lain, cara ni costly sikit, sebab kene beli sumer mainjet n pilot jet Kips ni.

      • main jet sume ad 1 set dri yg kcik smpai yg bsar skali laa ngan pilot.. sye pkai uma racing pnye set pilot sbab kips pnye mainjet ngan pilot dia ssah nak dpat dkat area cnie..

  60. tumpang tanya,,klau caburator ts125 masuk wave 110rs dpat kah>n bleh tambah power kah?…n sto lg klau pkai spring clutch racing

  61. Salam bro, nk tanya ckit, sya pakai LC model 2011, body ok mantap tp top speed k/mh 120 je.. Apa idea nk top speed at least 150 k/mh. Bli motor dh mahaltp rs kurang berbaloi..

  62. ape link FB nye….susah nak add ni

  63. link FB…susah nak cari ni

  64. ape FB bro…susah nak cari ni

  65. bro nak tanya sikit tentang motor ex5 sya……kalau nak top speed cantik sesuai guna hi cam atau low cam…kau dah msuk cam speed bleh meningkat berapa puluh…???trima kasih..kalu masuk cam,blck size kriss,head buat sikit,carb wave 125..spocket 15-33 ….berapa leh gi top speed…

  66. camne nk bagi laju ex5, nk bagi speed gile punye,kene tuka ape ?????

  67. Bro….carb cg125 dgn ts125 mne sdp??
    tlg berikan pendapat antra kedua dua carb….
    nk msk kt motor cup….

  68. Kurang pasti, tapi kalau untuk modify ‘biasa2′ saja, rorg jarang guna powerjet, untuk drag ok. 2T bnyak main dgn reedvalve bro

  69. Btol2, setting tu. Tu pasal kalau nak pakai catb Kips, jetting kene ada semua.

  70. Carb kriss ape2 je, sal same jek, kecuali gt128 la

  71. bro…klau honda wave 110 rs ,,pkai ts125 ,,.boleh kah?brapa bleh jlan oooo….

  72. bro tye cket..?? boleh ker carb gt128 msok kt wave 125 or 100R??

  73. X ngam carb gt128 ada tps

  74. Bleh la naik 10-15kmj bergantung kpd berat badan rider


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: