MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Jul
21

Mohamed Rizal

https://www.facebook.com/mohamed.rizal.9

Advertisements
May
14

Memperkenalkan KL One Motorsport yang dimiliki oleh Encik Khairul aka Jebon RS. Kedai abg ni, merupakan pengedar untuk performance part motosikal seperti carburetor, blok racing, custom cam dan macam2 lagi lah. Abg Jebon ni, merupakan pengurus kepada salah sebuah team cub prix kelas Wira Epg. So kepada anda yang ada hajat nak modify motor ikut spec cub prix bukan masalah lagi, pergi je ke kedai abg Jebon ni, jangan takut kalau anda telefon pun dia tiada masalah.

Laman web KL One: http://mopedperformanceparts.blogspot.com/

Semua gambar kredit kepada MBC dan Jebon RS

Inilah kedainya, heh

Address: Unit E, 101 Kelana Park View, No.1 SS6/2, 47301 Kelana Jaya, Selangor
Bersebelahan Pejabat Pos Besar Kelana Jaya, Ambank
Waktu Urusan: 10.30am – 7.00pm
Termasuk Ahad
012-6721323 / 016-2331484
Antara performance part ( ada banyak lagi tau)

May
14

Alhamdulillah, selepas seminggu menanam anggur di rumah, barulah saya berkesempatan mengemaskini blog saya ni.

Syukur kepada Allah kerana memberkati perjalanan pulang saya dari Shah Alam ke Johor Bahru. Tambahan pula, ini adalah kali pertama saya balik kampung dengan menunggang motosikal. Segalanya berjalan dengan lancar, tanpa ada sebarang masalah. Cuma kawan saya mengalami masalah tayar bengkak, so kami masuk Tangkak kejap untuk cari kedai moto. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, dengan 4 kali berhenti. Iaitu di RnR Seremban, Ayer Keroh, Tangkak dan akhir sekali Machap.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pomen saya Ahmad Helmi bin Abdul Wahab, kerana membuat servis yang terbaik ke atas mesin saya, dan saudara Sofi kerana menjadi peneman di sepanjang perjalanan.

Insyaallah, perjalanan pulang dari JB ke Shah Alam, saya akan menunggang motosikal juga. Heh

May
07

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lebih kurang dua hari rasanya saya tidak mengemaskini blog ini dengan entry terbaru. Haish, ini semua sebab P1 Wimax saya down. Mungkin pemancarnya disambar petir kerana pada hari yang sama, hujan turun dengan sangat lebat dan kilat sabung menyabung. Tapi apa yang lebih mengecewakan ialah selepas dari hari kejadian tersebut, P1 Wimax ni bertukar seperti Astro pula, bila hari hujan server down. Dasar tak sedar diri. Kalaulah ada broadband provider yang lain selain Wimax dan Streamyx, saya tanpa sangsi akan beralih kepada syarikat tersebut.

Sekian sesi lepas geram dari penulis blog. Hmmm

Ok, bercakap mengenai hari hujan atau musim hujan yang sedang melanda sekarang, saya teringat kejadian motor saya hampir tenggelam di terowong laluan motosikal berhadapan HQ P1 Wimax di Petaling Jaya. P1 Wimax lagi??!!! Tidak ada kene mengena pun, apa yang saya cuba sampaikan, betapa bahayanya laluan motosikal di sepanjag Federal Highway.

Apatah lagi bila kita menggunakan laluan motor pada waktu malam. Jalan gelap gelita seperti melalui Kampung Niyang Rapik, dalam terowong pun lampu seperti hidup segan mati tak mahu. Belum masuk lagi jalan yang berliku2 seperti ular yang kene palu, bayangkan selepas anda melalui terowong, terus selekoh yang ‘baik’ punya di hadapan anda. Jika anda tidak biasa dengan jalan motosikal di sepanjang Federal Highway, anda patut berwaspada. Saya sendiri, pernah berhadapan dengan situasi saya terlampau dekat dengan kemalangan, mungkin Allah masih sayangkan hambaNya ini, alhamdulillah.

Kejadian pada hari hujan di terowong Petaling Jaya, amat membuat hati saya geram. Anda bayangkan tanpa sebarang amaran banjir, anda melalui terowong yang dipenuhi air. Di tangan andalah nyawa anda bila keadaan tersebut berlaku, bagaimana anda mengawal motor anda. Yang paling penting, jangan panik!

Jika tidak silap saya, penguatkuasaan penggunaan jalan motor sudah dikuatkuasakan pada 4 April lalu jika saya tidak silap. Setiap penunggang wajib menggunakan laluan motosikal ataupun anda berhadapan dengan saman pihak berkuasa. Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kemalangan di laluan motosikal.? Malah kisah ragut di laluan motor sudah acap kali kedengaran, tapi pihak yang berwajib tutup sebelah mata.

Kita semakin tertindas, tapi apakah daya kita?

Semua gambar kredit kepada MBC

Laluan motosikal di Putrajaya

1)Penutup longkang yang dicuri


2) Lumpur di tepi laluan

3)Bahan binaan di tepi laluan

4) Terowong gelap (terang kerana cahaya kamera)

5) Selekoh maut

May
04

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lagi dua hari saya akan menduduki last exam paper, untuk semester ni. Selang dua hari selepas tu, saya aku pulang ke kampung halaman, naik moto la apa lagi. Tapi moto belum servis  lagi, harap sempatla nak buat sebelum balik.

Ok, berbincang mengenai piston, setiap motosikal telah disediakan manual untuk pengguna. Di manual tersebut tercatat pelbagai info, dan info mengenai saiz piston sesebuah motosikal juga ada diberitahu. Bagi kes saya , saiz piston standard EX5 adalah 49.5 (kalau tidak silap saya). Tapi sekarang blok saya sudah oversize, menggunakan saiz piston 00 Kriss. Bagi pengguna EX5, pada kebiasaannya ubahsuai standard, blok saiz Kawa 00 sudah memadai. Kawa ni merujuk kepada motosikal Kawasaki Honey, jika anda masih ingat, moto yang digunakan Pos Malaysia.

Saya sudah mula berjinak2 dgn piston dome. Piston yang mempunyai kubah. Sebab ia akan memberikan compression yang lebih untuk moto. Kebaikannya piston dome, kita hanya perlu memulas throttle sedikit saja untuk merasakan kuasa, berbanding piston bermuka rata kerana compression yang terhasil oleh piston dome adalah lebih tinggi.

Banyak saya terbaca di forum2, enjin motosikal mereka ada bunyi ‘knocking’ apabila mereka menggunakan piston yang sudah oversize. Apa yang mereka lupa ialah untuk membuat pocket valve pada piston mereka. Hasilnya valve melanggar muka piston dan terhasillah bunyi ‘knocking’ tersebut. Cakap saja dengan pomen anda untuk buat poket valve mesti tiada masalah ‘knocking’. Sebelum saya terlupa, jika moto menggunakan hi-cam, lebih wajib buat poket valve. Piston dome? Lagilah perlu!

Pelbagai jenama piston terdapat di pasaran. Tapi selalunya bila kita beli blok racing datang satu set dengan piston dan ring. Tapi saya lebih berminat untuk membeli piston dan piston ring asing2. Yelah, kita bukan tau material piston yang didatangkan sekali dengan blok tu, entah2 tangkap muat saja.

Saya prefer brand Hi-Speed Thailand, kerana sudah terbukti di setiap siri perlumbaan di sana. Harga pun, dua kali ganda dari harga piston biasa. Tapi alah membeli , menang memakai.

Ok, entry selepas ni, saya akan bercakap mengenai piston ring. Penting tau piston ring ni, bukan main tarah saja. Heh.

Sekian, terima kasih

Semua gambar kredit kepada MBC

Piston Suzuki Belang

Piston dome

Piston untuk moto 4valve (LC, Belang)


May
03

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap sihat walafiat hendaknya. Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk mencari publisti memperkenalkan diri. Diharap ada pihak2 di luar sana, sudi mengambil saya menjadi model.

Hahaha, gurau jek bro. Baru balik main futsal sebenarnya ni. Lagi 2 hari exam. Tulis blog dulu selagi sempat, hehe.

Ok, entry kali ni, saya ingin membincangkan mengenai tayar motosikal yang sesuai. Sedarkah kita bahawa tayar merupakan komponen yang sangat2 la penting diulangi sangat2 penting bagi sesebuah kenderaan. Bayangkan kenderaan anda tiada tayar, bagaimana ia akan bergerak? Betul kan?

Memang betul, pemilihan tayar memerlukan penelitian sebelum kita menggunakannya. Bukan saja dalam modifikasi motosikal memerlukan pemilihan komponen yang penting, nak pakai tayar pun kene pilih2 dulu der..

Sebab apa ianya penting? Ikut pengalaman saya, dulu bila tiba masa nak tukar tayar, pilih jek tayar yang berkenaan. Dalam kes saya, tayar yang mempunyai ‘bunga’ yang lawa, tanpa memikirkan dengan terperinci baik dan buruknya.

Memang benar, semua tayar diperbuat dari material yang sama, iaitu getah, tapi dalam pelbagai komposisi. Ada yang soft compound, medium compound dan hard compound. Begitu juga dengan fungsinya, ada yang untuk kegunaan trek sahaja, trek dan harian, jalan basah sahaja, jalan basah dan kering. Senang cakap, kita sebagai pengguna perlu melakukan sedikit pengkajian mengenai tayar sebelum kita beli. Tak perlu cari di internet(bagi mereka yang susah dapat akses internet), cukup dengan bertanya rakan2. Kalau kita tanya tokei bengkel, mereka akan promote tayar yang memberi mereka margin keuntungan yang besar, tidak kira la tayar tersebut berkualiti atau tidak.

Ok gambar di bawah ini, boleh membantu anda serba sedikit dalam pemilihan tayar.

Harap dapat membnatu. Sekian terima kasih

Semua gambar kredit kepada MBC



Info yang terdapat pada dinding tayar

Motorcycle Speed Ratings
Speed Symbol   Max Speed
J                     62 mph
L                     75 mph
M                     81 mph
P                     93 mph
Q                     99 mph
S                    112 mph
T                    118 mph
U                    124 mph
V                    149 mph
W                    168 mph
K                      68 mph
H                    130 mph
N                      87 mph
Y                    186 mph
R                    106 mph

Load Indexes (L.I.)
L.I.   lbs.       L.I.   lbs.       L.I.   lbs.
33   254       49   408       65   639
34    260        50    419        66    661
36    276       52    441       68    694
37    282       53    454       69    716
38    291       54    467       70    739
39    300       55    481       71    761
40    309        56    494        72    783
41    320       57    507       73    805
42    331       58    520       74    827
43    342       59    536       75    853
44    353       60    551       76    882
45    364       61    567       77    908
46   375       62   584       78   937
47   386       63   600       79   963
48   397       64   617       80   992


Pirelli

Pirelli Speed Demon

Maxxis

Swallow

Dari kiri: Mizzle Super Sport, Battlax BT39F, FDR XT, FDR Sport XR, FDR MP27, FDR MP57, FDR MP76, Comet M1


May
02

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengahari yang membahang, duduk dalam bilik pun berpeluh macam main futsal. Haish, kipas dah bukak top speed, eh mcm moto pula ada top speed, haha. Ok la, jom kita bincangkan mengenai absorber moto.

Absorber atau penyerap hentak atau saksoba bagi penduduk Pantai Timur merupakan salah satu elemen penting bagi sesebuah motosikal. Malah kereta pun tidak ketinggalan sama. Setiap pengeluar telah melengkapkan motosikal keluaran mereka dengan absorber yang baik, untuk kegunaan harian.

Bukanlah maksudnya apabila kita menukar absorber asal moto, kepada jenis aftermarket bermaksud absorber standard tidak bagus. Bukan. Cuma mahukan lebih cengkaman apabila menunggang. Seperti kereta, apabila ubahsuai enjin telah dilakukan, kuasa yang lebih akan terhasil. Kuasa ini sudah tidak relevan lagi untuk ditanggung oleh absorber standard, cengkaman dan fleksibiliti mungkin berkurangan, jika tidak banyak, mungkin sedikit.

Bagi saya pula, saya memilih untuk beralih ke absorber aftermarket untuk lebih cengkaman. Memang nampak enteng, moto cub tapi mahukan itu ini. Mungkin sesetengah pihak berpendapat begitu, tapi saya tidak rela mempertaruhkan nyawa saya di jalan raya. Simptom2 absorber sudah mula rosak, seperti koner yang membuai, absorber sudah tidak serap hentakan dengan baik, minyak absorber bocor dan mungkin ada daripada anda pernah mengalami keadaaan selain seperti yang saya catatkan.

Pemilihan absorber yang baik perlukan ketelitian. Sekarang zaman internet, search saja di forum2 atau di laman web pengeluarnya tersendiri. Anda akan dihidangkan dengan pelbagai info. Saya menggunakan absorber dari YSS. Bagi yang tidak tahu, YSS ini adalah pengeluar absorber terkenal di Thailand, dan team2 cubprix dan drag di sana juga menggunakan jenama ini.

Menguatkan lagi andaian saya, banyak superbike dari siri CB menggunakan absorber ini, contohnya Honda Cb400. Sementelah saya tinggal di JB, jadi kerap kali saya terserempak dengan moto CB400 Singapura berabsorber YSS ini.

Jadi, pilihlah absorber mengikut keselesaan anda. Dan paling penting mengikut kemampuan. Sekian.

Gambar kredit to forum MBC

Siri dari Racing Boy

Absorber GAzi (Thai)

Kayaba/ KYB

YSS (Thailand)

Yamaha

Absorber dari siri Showa

Showa Thai (Imitation)

May
01

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pelik betul, sejak akhir2 ni selalu je buat feed baru pagi2 buta. Sekarang dah 2.19 pagi hari Ahad. Mungkin kerana faktor idea yang tiba2 datang seperti paip bocor atau pun mode yang tiba2 mengetuk pintu hati. Haha.Ok, tinggalkan semua kata puitis ini mari kita lebih serius.

Sebelum ni, saya sudah menulis mengenai modifikasi melibatkan enjin. Big bore block, skimmed head, gearbox potong dan akan datang ada lagi yang akan saya tuliskan. Sekarang saya akan tulis mengenai CDI pula.

Feed kali ini menyentuh pada bahagian elektronik dan elektrik sistem moto. CDI (Capasitor Discharge Ignition) inilah yang menentukan timing spark untuk spark plug. Ada setting advance , ada setting retard. Di pasaran sekarang ada banyak CDI after market ni. Macam2 jenama dan tak kurang juga harganya.

CDI aftermarket boleh diset dengan pelbagai map. Map inilah yang menentukan bagaimana sistem elektronik dan elektrik moto kita berfungsi. Bila api akan spark, timing yang keberapa, macam2 lagi. Kompleks sebenarnya sistem CDI ni, melainkan kita sendiri kaji map2 yang melibatkan moto, elektrik, arus dan sebagainya.

Tapi jangan lupa bila kita pasang CDI racing pada moto, cut-off sudah tiada lagi. Maknanya enjin beroperasi tanpa ada halangan. Pengeluar menetapkan cut-off untuk menjaga hayat enjin dan paling penting nyawa kita sendiri. Bila sudah tiada cut-off, memang enjin betul2 bekerja. Tapi jangka hayat enjin? Anda tahulah sendiri, kerana moto anda, anda yang faham.

CDI dari keluarga BRT (Bintang RAcing Team Indo)

CDI Cheetah Programmable (Indo juga)

Selector untuk pilih map

Regulator

Apr
30

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hallo bro, nak kemana tu? Johor?

Jauh nampak, riding gear  jangan lupa ok!

Selalu apa yang kita nampak bagi penunggang moto? Ride sambil berselipar, seluar track, helmet MS 88 yang menjadi ‘fenomena’. Kalau diikutkan, memang sangat2 bahaya ride moto dengan hanya berselipar, seluar lembut, dan helmet yang tidak kurang macam kulit telur tu. Nyawa melayang tak dapat diundur semula wahai abang2 dan kakak2 sekalian.

Kelengkapan menunggang memang saya rasakan agak ketinggalan bagi scene rider di Malaysia. Selalunya rider moto berkuasa tinggi aka superbike yang lebih menitikberatkan riding gear ni. Yelah kita boleh tengok sendiri bagaimana outfit mereka bila menunggang. Sebenarnya kita sebagai penunggang moto cub pun perlu melengkapkan diri dengan riding gear. Rasionalnya kita berada di atas mode pengangkutan yang sama, dua roda dan kita terdedah pada bahaya yang sama.

Sebagai permulaan, gunakanlah helmet muka penuh/fullface (FF) ketika menunggang. Pelik bukan? Ride moto cub ada hati nak pakai helmet ff? Pedulikan kata2 orang, keselamatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Jika kita perhatikan, di Indonesia, Filipina penggunaan helmet ff sudah amat luas di sana, tidak ada apa yang janggal.

Kedua, riding jacket. Saluti banda anda dengan riding jacket yang teguh buatannya. Contoh yang terdapat di pasaran, Alpinestar dan pelbagai lagi beserta lingkungan harga yang memenuhi kemampuan kita.

Riding boot, lindungi kaki anda dengan sepatu yang sesuai. Riding boot merupakan salah satu caranya. Hanya taip sahaja di dalam wb browser anda, dan nah, anda disajikan dengan pelbagai mode belian. Malah semakin banyak kedai2 yang menjual aksesori penunggang.

Sarung tangan. Bayangkan jika anda hendak berkahwin, tapi jari jeamri anda semua sudah kene potong. Ha, nak sarung dekat mana? haha. Satu perumpaan yang sangat radikal. Lindungi tangan anda dengan sarung tangan supaya apibila kekasih anda memegang tangan anda, masih terserlah kelembutannya seperti menggunakan losyen Baby Johnson, haha. Jangan lupa ya.

Jangan lupa baju hujan juga ok!!

Der, rider, rider jugak der. Duit modi moto boleh keluarkan, tak kan untuk safety diri lu tutup sebelah mata je der??

Apr
30

Assalamualaikum.

Selamat pagi (1.44 a.m. waktu feed ni ditulis).

Pagi2 buta tak boleh melelapkan mata, tulis blog la jawabnya. Sekian pantun 2 kerat daripada saya.

Ok itulah je lah info untuk feed kali ini. Haha. Gurau je, tak kan la bagi pantun pastu terus chow kan.

Bearing boleh dijumpai di merata komponen yang bergerak, lebih khusus lagi di dalam enjin. Setiap konponen yang bergerak mesti dilengkapi bearing untuk melancarkan pergerakannya, tidak lupa juga dengan pertolongan minyak pelincir/lubricator.

Selama dalam pengalaman saya ubahsuai moto, bermacam2 jenis bearing yang pernah saya jumpa. Dan bermacam2 jenama juga. Bermula dari pertama kali saya belajar sikit2 bukak moto (lebih kepada melihat saja, sambil belajar), dari situlah minda saya terbuka mengenai bearing ni. Tak lupa juga hasil pembacaan saya di internet, lebih2 lagi di dalam forum MBC.

Ada orang cakap, tukar bearing fiber satu set enjin, pasti enjin jadi lebih ringan. Apa itu bearing fiber? Adakah bearing tersebut disalut fiber? Material yang sama dalam industri pembuatan bot? Tidak sama sekali, kerana bearing fiber merujuk kepada gelung yang menyaluti bebola di dalam sesebuah bearing tersebut. Kiranya outer shell ball bearing ni, ada fiber la. Ada juga yang yang seramik.

Bagaimana prestasi motor selepas pasang bearing ni? Kalau tanya saya, saya akan cakap betul, bila kita pasang bearing (dalam kes saya, saya pasang bearing fiber), memang enjin akan beroperasi dengan lebih ringan. Sebabnya pergerakan komponen2 yang berputar berlaku dengan lebih lancar. Tapi satu keburukannya mengikut pengalaman saya, enjin menjadi terlalu ringan, berlaku power loss di situ kerana kurang friction pada komponen. Macam pakai tayar botak la, selalu tergelincir/skidding.

Bermacam jenama bearing ditawarkan kepada para pelanggan antaranya SKF, KOYO, FAG, NTN dan mungkin ada lagi yang saya belum tahu. Tapi hati2 jangan sampai anda terbeli bearing tiruan. Cakap bearing fiber, hati bukan main seronok dapat bearing fiber nak sumbat kat crankshaft, harga sudah la mahal, rupa2nya jenama tiruan. Memang naya!

Rasanya feed kali ini macam terlalu panjang, jadi adalah lebih baik jika sampai di sini dahulu. Kalau ada kesempatan saya akan sambung lagi.

Bearing fiber, bearing seramik, bearing original.

Mane satu pilihan anda?