MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Kombinasi sprocket anda.

Sprocket memainkan peranan penting dalam sesebuah motosikal. Sprocket ataupun gegancu diibaratkan sebagai nadi penghubung kepada penyaluran kuasa kepada jentera. Justeru pemilihan kombinasi sprocket yang betul merupakan satu elemen asas dalam permotoran. Bagi penunggang yang mahukan prestasi ‘biasa-biasa’ saja, anda bebas menggunakan set sprocket yang telah dipasangkan oleh pengilang motorsikal anda (factory standard). Bagi penunggang yang mahukan peningkatan prestasi yang lebih ekstrem, anda bebas memilih kombinasi seperti:

  1. 16,32
  2. 16,33 ataupun
  3. 15,30.

Berikut adalah sedikit contoh yang dapat saya berikan kepada anda. Tapi anda bebas memilih kombinasi sprocket mengikut kesesuaian gaya tunggangan. Perlu diingat, saya sendiri menggunakan beberapa set sprocket yang berlainan, sebelum dapat menyesuaikan diri. Jadi kesimpulannya, tidak bermakna set sprocket yang anda pilih pada hari ini akan memenuhi citarasa anda. So, bereksperimentasilah dengan set yang berlainan.

Pada pendapat saya, terkini saya menggunakan set sprocket 15, 30 pada ‘kapcai’ saya. Prestasinya sangat memuaskan. Tapi itu pada pendapat saya sahaja, kerana set sprocket tersebut memberikan lebih lajak tapi kurang ‘pick up’. Seperti yang saya katakan terdahulu, lakukan eksperimen terhadap motor anda.

Jika anda mempunyai modal yang lebih, saya syorkan supaya anda menggunakan set sprocket yang lebih kukuh dari jenis ‘hardened steel’. Ia lebih tahan lama, tapi bergantung juga kepada penjagaan anda. Harganya juga mungkin 2 kali ganda lebih mahal dari set sprocket biasa, jadi jangan terkejut ok.

Akhir kata, tungganglah dengan selamat dan hormatilah pengguna jalan raya yang lain.

26 Responses to “Kombinasi sprocket anda.”

  1. Salam bro..
    Ni nak mintak pandangan ttg spoket skit. Sy mmg tak reti sgt la pasal moto ni..pakai moto pun baru stahun lebih. Harap bro. dpat tlg mane yg mampu la.

    -Sy pakai honda wave 100 yg lame.
    -Asal sy dapat motor ni spoket die 14-33.(dah pakai dalam 2 tahun)
    -Masalahnya sy takut kalau2 ade kesan pada enjin sebab sy slalu berdua dgn isteri dan mungkin agak berat.
    -Selalu lalu jalan yg berbukit2, dan selalu guna motor untuk perjalanan yg jauh (KL-Kuantan-Rompin-JB-KL).
    -Jd saya tukar kepada spoket 14-38 (std). Tapi tak best sbb baru sampai 80, enjin dah bunyi kuat. Mungkin sbb enjin dah biasa dgn 14-33. Mungkin…sy tak tahu.
    -kemudian sy tukar 14-35 dan agak steady.

    Ok ke padanan yg sy buat? Apa pendapat Bro.? Ada cadangan lain?

    Selain tu nak tau jugak sesuai ke kalau sy pakai spoket 420 berbanding spoket 428 yg sy pakai skrg. Selamat ke?

  2. Mula-mula sekali, cadangan bro nak guna spoket 420, saya tak setuju.
    Sebabnye, spoket 420 ni, dier lebih nipis berbanding 428.
    Saya sendiri pakai 420, kejap jek dah kene tukar.
    Kalau pakai 415, ape tah lagi.

    Tentang kombinasi spoket plak, saya setuju dgn 14, 35.
    Kalau nak lebih pikap, naik mata spoket depan satu mata.
    Salah satu petua pomen saya ialah, kalau setting spoket nie, seeloknya
    spoket depan dgn belakang, bukan dua2 no genap.
    Maksud saya, mgkin spoket dpn no ganjil, so spoket belakang kene no genap.
    Lebih kurang cm tu la.

  3. Ilmu yg bgune. Baru terfikir nak tukar 15 depan sbb 14-35 agak berat utk naik bukit..lagipun sy ade spoket 15 dlm simpanan..atau bro ada cadangan lain yg menyanggahi petua pomen bro tu? thehe..(seloroh)

    Satu lagi berkenaan minyak rantai. Kawan saya suggest gune minyak masak je…ok ke? atau yg spray tu lg baik? Which 1 better? (financially & quality)

    Bimbang..journey saya masih berbaki 3++ KM lg. (JB-KL)

  4. Saya suggest guna chain lube untuk rantai moto bro.
    Contohnye mcm Silkolene Titanium Chain Gel, harga dia RM34.
    Dulu kat web Malaysian Bikers Community ade jual chainlube ni, tp skang out of stock plak.
    Tp saya bg no fon seller dia kalau bro nak tnye pe2.

    Faiz:0 1 9 4 6 3 8 8 0 5 @ 0 1 7 3 7 9 8 3 3 2

    Cadangan lain eh bro, x de kot. Saya sendiri tgok try n error saya punya spoket. Guna 16, 26. X bpe nak larat moto. haha
    Kalau nak turun/naik gigi gear jgn bnyak2 sekali gus,satu-satu.

  5. trime kasih bnyk2 bro!

  6. Assalamualaikum……bleh terangkan tak long distance tu apa ek?…..saya x bape phm……….baru blaja2……..lps tu sprocket kriss standard 13-44 kan?…….klu 15-44 apa jadi ek?

    • Long distance maksudnya, bila kita bawak moto, dalam jarak yg dah agak pnjang contohnya 30km, moto akan berada dalam satu tahap ‘selesa’. Kuasa yg dihantar dari enjin bleh kata 90% smpai kat roda. power enjin=power di roda.
      Enjin x mengerang sal bebanan dah dipindahkan hampir efektif ke atas roda.

  7. mtor kriss sesuai dgan spoket pe untuk ksi lajak n pickup?

  8. Spoket standard kriss bape ea depan belakang? Nak kene tnya dulu. Hehe

  9. bro . aku pki kriss 110 . skrg aku pki 13-38 . berat aku 75 . so size ape yg best ? sbb aku slalu long distance . dari puchong ke cheras . ade suggestion . maybe aku bole try .

    • Nak tau jugak, skang bawak moto rasa mcm mana? Rasa sedap je ke atau pun mengerang cm moto mintak gear? Cuba try depan bia 13 blakang try 36

  10. kalu pakai motor wave 125 s,,spoket brape yg ssuai??

    • Kene tau berat anda dulu bro. Secara asasnya, pemasangan spoket memerlukan banyak try and error. Tapi teori org nubis/novice cam saya, senang sahaja, untuk pikap, besarkan spoket belakang, untuk top kecikkan spoket belakang. Tapi saya berpendapat jarang kita akan dapat setting yang seimbang antara top dan pikap, melainkan anda ada berkeping2 spoket untuk dicuba, mcm team cub pirx.

  11. bro ex5 dream .. front 14 behind 33 okay ????

    • Front try 15 la, jangan kecik2 sgt. Kalau moto stended spoket depan jgn kecik2 sgt sal dia bersambung dgn shaft gear, kang x pasal2 gear haus sal tarik beban lebih.

  12. mtr lc 135 plok mcmane erk, aku slalu naek sorang dan long distant

    • Cuba bro bagi info dulu spoket lc stok kua kedai saiz berapa? Saya kurang arif sgt sal LC ni. Mungkin lepas tu saya boleh bantu bagi idea.

  13. salam bro, nak tanya
    ….bgus ka sembur lubricator cam WD-40 kat rantai?
    anyway berbalik pada perbincangan sprocket, saya pakai ex5 dream saya tukar ke 14-33. setakat ni ok… pikap ok n top pon ada… habis gak la meter…

  14. salam bro ..
    nk tahu la ..ct100
    nk bagi highway best tuka spoket apa ??
    skang pkai spoket dri kilang dapat cucuk blakang ct110.
    nk potong tk bole ..nk kena tuka spoket apa yg bole potong ct110??
    n apa beza spoket racing dgn biasa pnye ??
    tlong pagi jawapan secepat munkin k otai moto😀

    • Sebelum saya jawab soalan pertama anda, bagi tahu dulu saiz spoket tu, ok. Bagi soalan kedua, spoket racing ada mcm2 jenis. Ada yg tulis je racing, tapi cap ayam, yang ni buat lawa jek boleh la. Tapi kalau yang btol2 racing, spoket dia lagi nipis tapi keras.

  15. belakang saiz 38,depan tk pasti la 15 or 14 saiz nye:D
    maklom la baru je pndai pasal moto nie ..nk tnye nie
    kalaw ct100 mahu tuka blog .blog saiz brape je paling muat ??
    ada kawan cakap kne korek enjin law nk tuka blog racing ?
    so saye tk paham apa yg dia ckap korek enjin😀 tlong jelas kan

  16. nak tanye skit .. skarang nie berat saya 75 , moto pakai spocket 15 / 38
    rantai 420 .. moto dalam geran 109cc boleh pergi dlam 105 kmh .. moto oke takde masalah .. cume mcm ne nak bagi pickup dpt top pon dpt . . slalu mmg nek single je .. mintak pendapat sket..

    -ZAC

  17. samekom bro..
    dlu spoket moto asl 17,42..
    then tuka 15,37..
    nk bgi pickup n steady
    yg boleh cocok ex5
    kne pkai spoket bape??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: