MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Daya kreativiti mekanik Thailand

Kebanyakan model motorsikal Honda, Suzuki, atau Yamaha memasuki pasaran Thailand dahulu sebelum dikembangkan ke negara lain. Mungkin salag satu faktornya adalah kerana Thailand mempunyai populasi penduduk yang menggunakan motosikal paling tinggi di rantau Asia Tenggara ini. Jadi, tidak hairanlah jika mereka mampu untuk menggunakan bermacam-macam model motosikal kerana para pengeluar menumpukan pasaran mereka di Thailand dahulu.

Di Thailand, perlumbaan ‘drag race’ seperti sudah menjadi satu sukan yang disokong oleh kerajaan mereka. Hampir setiap tahun, padat aktiviti perlumbaan tersebut di dalam kalendar negara mereka. Berbagai kategori yang dipertandingkan, tidak kiralah dari motosikal 4 lejang, 2 lejang dan tidak ketinggalan juga skuter.

Bagi peminat motosikal di Malaysia, mereka gemar merujuk kepada modifikasi yang dilakukan kepada motosikal Thailand, tidak kira dari segi enjin atau kosmetik semata-mata. Saya sebagai pelajar di Kelantan, salah sebuah negeri yg paling dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand, saya kerap kali diberitahu bahawa barang-barang ‘racing’ yang dibuat di Siam adalah yang terbaik. Kebanyakannya adalah barang ‘custom made’ yang tidak ada langsung dijual di kedai, tapi dibuat khas oleh mekanik di Thailand. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan tahap kesukaran untuk membuatnya.

2 Responses to “Daya kreativiti mekanik Thailand”

  1. aku ska ama kreatifitas mkanik thailand dlam mengembangkan dnia dragbike

    • Kreativiti mekanik indo pun tidak kurang hebat,
      Pernah baca tentang Yamaha LC( di malaysia), 300cc.
      Saya kagum amat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: