MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Sistem Ekzos

Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat penghulu segala hari.

Feed kali ini akan berkitar dalam pengetahuan mengenai sistem ekzos. Ok, setiap enjin perlukan sistem ekzos bagi melengkapkan sistem sesebuah enjin. Senang difahami macam kita buang air la selalu (sori le, ni je perumpaan yang saya ingat,hee), segala apa yang kita buang itu, adalah bahan2 yang dah tak diperlukan, kalau simpan lama, boleh merosakkan sistem.

Moto yang telah dimodifikasi memang memerlukan sistem ekzos yang lebih advance, manifoldnye lebih besar. Tetapi ingin diingatkan, kalau kita ubahsuai enjin, tidak dimestikan pun untuk tukar sistem ekzos, tapi digalakkan. Maklumlah penguatkuasaa JPJ macam mana kan. Nanti sangkut dekat roadblock susah pulak. Tapi tak pe, kalau hati dah kering untuk ubahsuai moto, tak kan ubahsuai ekzos tak berani kan? Ada btol X? heh

Apakah fungsinya? Ekzos aftermarket/racing/custom mempunyai manifold yang lebih besar. Struktur dalamannye juga lebih baik lagi. So, moto akan lebih ‘lawas’ bila semua asap boleh dilepaskan tanpa banyak halangan. Itulah sebabnya ekzos racing ni, bunyi pom pom ada, ting ting ada, sebab memang lawas.

Banyak jenama ada di pasaran bila bercakap mengenai sistem ekzos aftermarket ni. Paling common pada hemat saya, ekzos NOB1 dari Indonesia, YY Pang, AHM, Endurance (Thailand) dan macam2 lagi lah. Tapi sebelum tu, mesti ambil tahu spesifikasi moto kita macam mana. Kalau agak keliru, minta tolong pomen yang decide, abis cerita. Kalau pasang sendiri, kene ingat, carburetor mesti ditune semula. Rasionalnya, carburetor stock ditala untuk sistem ekzos stock, so bila dah pasang sistem ekzos aftermarket, setting yang standard mungkin sudah tidak sesuai lagi.

Akhir kata, ubahsuai enjin adalah baik, menukar sistem ekzos amat perlu.

So, kawan2 ada bran nak try?

Wassalam

No Responses to “Sistem Ekzos”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: