MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Absorber Terbaik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengahari yang membahang, duduk dalam bilik pun berpeluh macam main futsal. Haish, kipas dah bukak top speed, eh mcm moto pula ada top speed, haha. Ok la, jom kita bincangkan mengenai absorber moto.

Absorber atau penyerap hentak atau saksoba bagi penduduk Pantai Timur merupakan salah satu elemen penting bagi sesebuah motosikal. Malah kereta pun tidak ketinggalan sama. Setiap pengeluar telah melengkapkan motosikal keluaran mereka dengan absorber yang baik, untuk kegunaan harian.

Bukanlah maksudnya apabila kita menukar absorber asal moto, kepada jenis aftermarket bermaksud absorber standard tidak bagus. Bukan. Cuma mahukan lebih cengkaman apabila menunggang. Seperti kereta, apabila ubahsuai enjin telah dilakukan, kuasa yang lebih akan terhasil. Kuasa ini sudah tidak relevan lagi untuk ditanggung oleh absorber standard, cengkaman dan fleksibiliti mungkin berkurangan, jika tidak banyak, mungkin sedikit.

Bagi saya pula, saya memilih untuk beralih ke absorber aftermarket untuk lebih cengkaman. Memang nampak enteng, moto cub tapi mahukan itu ini. Mungkin sesetengah pihak berpendapat begitu, tapi saya tidak rela mempertaruhkan nyawa saya di jalan raya. Simptom2 absorber sudah mula rosak, seperti koner yang membuai, absorber sudah tidak serap hentakan dengan baik, minyak absorber bocor dan mungkin ada daripada anda pernah mengalami keadaaan selain seperti yang saya catatkan.

Pemilihan absorber yang baik perlukan ketelitian. Sekarang zaman internet, search saja di forum2 atau di laman web pengeluarnya tersendiri. Anda akan dihidangkan dengan pelbagai info. Saya menggunakan absorber dari YSS. Bagi yang tidak tahu, YSS ini adalah pengeluar absorber terkenal di Thailand, dan team2 cubprix dan drag di sana juga menggunakan jenama ini.

Menguatkan lagi andaian saya, banyak superbike dari siri CB menggunakan absorber ini, contohnya Honda Cb400. Sementelah saya tinggal di JB, jadi kerap kali saya terserempak dengan moto CB400 Singapura berabsorber YSS ini.

Jadi, pilihlah absorber mengikut keselesaan anda. Dan paling penting mengikut kemampuan. Sekian.

Gambar kredit to forum MBC

Siri dari Racing Boy

Absorber GAzi (Thai)

Kayaba/ KYB

YSS (Thailand)

Yamaha

Absorber dari siri Showa

Showa Thai (Imitation)

10 Responses to “Absorber Terbaik?”

  1. Bleh tak bg tau kesemua harga-harga setiap absorber di atas???

    • Harga spesifik tu, rasanya berbeza mengikut tempat. Tapi kalau bagi lingkungan harga boleh saya usahakan. Showa starting RM400- RM1000, ikut spec berape. Kalau brand YSS RM1++ boleh dapat yang biasa2, kira sedap pakai hari2 la, kalau yang spec untuk race naik smpai RM3++ – RM4++ harganya, brand Gazi pun sama.

  2. Brg2 mcm abosrber tu ke? Kalau KYB, YSS Gazi dgn kedai biasa pun ada. Tapi kalau Showa ni, selalu 2nd la budak2 belah JB ramai pakai. Saya pun smpai skang tak merasa lagi showA

  3. Add saya dekat facebook kalau berminat nak showa or ohlins sume. Fiq Half Cut / Fuad Jb Spraywork

  4. klu yg cun utk corner ? suggest 1 absorber .

    • Try la amek gazi yg harga rm400 ke atas. Mahal memang mahal tapi cub prix Thai pun pakai, Malaysia pun pakai.Kalau mampu, sebat jek


Leave a reply to fiq Cancel reply