MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Piston

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lagi dua hari saya akan menduduki last exam paper, untuk semester ni. Selang dua hari selepas tu, saya aku pulang ke kampung halaman, naik moto la apa lagi. Tapi moto belum servis  lagi, harap sempatla nak buat sebelum balik.

Ok, berbincang mengenai piston, setiap motosikal telah disediakan manual untuk pengguna. Di manual tersebut tercatat pelbagai info, dan info mengenai saiz piston sesebuah motosikal juga ada diberitahu. Bagi kes saya , saiz piston standard EX5 adalah 49.5 (kalau tidak silap saya). Tapi sekarang blok saya sudah oversize, menggunakan saiz piston 00 Kriss. Bagi pengguna EX5, pada kebiasaannya ubahsuai standard, blok saiz Kawa 00 sudah memadai. Kawa ni merujuk kepada motosikal Kawasaki Honey, jika anda masih ingat, moto yang digunakan Pos Malaysia.

Saya sudah mula berjinak2 dgn piston dome. Piston yang mempunyai kubah. Sebab ia akan memberikan compression yang lebih untuk moto. Kebaikannya piston dome, kita hanya perlu memulas throttle sedikit saja untuk merasakan kuasa, berbanding piston bermuka rata kerana compression yang terhasil oleh piston dome adalah lebih tinggi.

Banyak saya terbaca di forum2, enjin motosikal mereka ada bunyi ‘knocking’ apabila mereka menggunakan piston yang sudah oversize. Apa yang mereka lupa ialah untuk membuat pocket valve pada piston mereka. Hasilnya valve melanggar muka piston dan terhasillah bunyi ‘knocking’ tersebut. Cakap saja dengan pomen anda untuk buat poket valve mesti tiada masalah ‘knocking’. Sebelum saya terlupa, jika moto menggunakan hi-cam, lebih wajib buat poket valve. Piston dome? Lagilah perlu!

Pelbagai jenama piston terdapat di pasaran. Tapi selalunya bila kita beli blok racing datang satu set dengan piston dan ring. Tapi saya lebih berminat untuk membeli piston dan piston ring asing2. Yelah, kita bukan tau material piston yang didatangkan sekali dengan blok tu, entah2 tangkap muat saja.

Saya prefer brand Hi-Speed Thailand, kerana sudah terbukti di setiap siri perlumbaan di sana. Harga pun, dua kali ganda dari harga piston biasa. Tapi alah membeli , menang memakai.

Ok, entry selepas ni, saya akan bercakap mengenai piston ring. Penting tau piston ring ni, bukan main tarah saja. Heh.

Sekian, terima kasih

Semua gambar kredit kepada MBC

Piston Suzuki Belang

Piston dome

Piston untuk moto 4valve (LC, Belang)


8 Responses to “Piston”

  1. salam tuan. agak2 berapa harga piston dome tu ye?thanks2.orang baru dalam moto2 ni =)

  2. Assalamu’alaikum. Kt mana nak beli piston LC yg pada gambar terakhir tu. Aku tanya banyak kedai tapi takda jual.

  3. bro , skrg ni aku pki kriss 110 block size 57mm . klu pki piston dome ni . pantang amik kira ta ? sbb block ni bru tukar ta smpi 2 bulan lg .

  4. bro..piston ni ade byk brand gak ke..brand ape yg elok yg ade di kedai

    • Kalau nak kata elok, piston brand TDR, made in indo, cub prix sane pakai. Tapi harga x boleh dengar. Kalau yang ok2, piston brand tokahi rase


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: