MotoMania
Experience through my eyes, pengalaman mengikut perspektif saya

Helmet oh Helmet

Topi keledar aka helmet adalah satu kelengkapan yang penting bagi seorang penunggang motosikal. Helmet inilah yang akan melindungi kepala kita jika terjadi kemalangan. Saya juga pernah mengalami satu kemalangan pada beberapa bulan yang lepas, tapi syukur alhamdulillah, helmet yang saya pkai telah menyelamatkan nyawa saya. Memang terbukti, helmet ini menyelamatkan nyawa. Jadi, kalau kita menunggang motosikal, jangan lupa untuk menggunakan topi keledar supaya keselamatan kita lebih terjamin (“:)

Bagi sesetengah penunggang motosikal, helmet merupakan satu kelengkapan wajib sebelum menunggang. Tapi ada juga segelintir daripada mereka, menganggap helmet ini merupakan pelengkap gaya. Kebetulan juga pasaran sekarang, dibanjiri dengan helmet-helmet yang mempunyai rekaan yang menarik tidak seperti helmet konvesional yang lain. Jadi, pilihlah topi keledar mengikut citarasa anda, tapi ingat, jangan kerana mementingkan gaya, nyawa anda menjadi taruhan.

Tungganglah dengan selamat.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

No Responses to “Helmet oh Helmet”

Leave a comment